Terima kasih kerana singgah di blog kami.

Selasa, 2 Oktober 2012

Jalan-jalan Ke Pekan Papar


Papar Town
Pekan Papar dilihat dari udara.
Demikianlah Pekan Papar di lihat dari udara. Pekan Papar ini sebenarnya terletak berdekatan sahaja dengan Bandaraya Kota Kinabalu. Jaraknya tidak sampai 100 kilometer dari ibu negeri Sabah. Namun berdasarkan gambar ini, pembangunan di kawasan ini agak perlahan terutama dari segi kemudahan jalan raya. 


Bangunan lama.
Selepas menyeberangi jembatan sungai Papar, mula-mula kita akan melihat bangunan lama di atas berdekatan dengan bulatan sebelum masuk ke kawasan Pekan Papar. 

Kedai lama.
Gambar di atas pula menunjukkan kedai lama Pekan Papar. Dulu pekan ini mendapat jolokan pekan koboi kerana bentuk bangunan kedainya serupa dengan bangunan rumah kedai dalam wayang koboi.

Jembatan kereta api menyeberangi Sungai Papar.
Pemandangan di atas dilihat dari kawasan Pekan Papar. Jembatan kereta api berwarna kuning. Jembatan ini dibina sebaik tamat Peperangan Dunia Kedua pada tahun 1945. Di belakang jembatan kereta api ialah jembatan untuk pengangkutan awam.

Pejabat Majlis Daerah Papar
Gambar di atas pula ialah bangunan pejabat Majlis Daerah Papar. Bangunan ini terletak menghadap kawasan pekan lama. Kita boleh melihat bangunan ini selepas kita melalui laluan lintasan kereta api. Di sebelah kiri bangunan ini ialah stesen Kereta Api Papar dan di sebelah kanannya ialah Perpustakaan Awam Negeri Sabah. Bangunan ini dibina di atas tapak bekas padang Pekan Papar.

Dewan Serbaguna Papar.
Ini pula ialah gambar dewan baru yang dipanggil Dewan Serbaguna Papar ketika sedang dalam pembinaan. Sebenarnya bangunan ini sudah pun siap. Bangunan ini terletak di tepi jalan raya menuju ke Beafort, tidak jauh dari bulatan dekat jembatan. Di sebelah kanan bangunan ini ialah tapak Tamu Mingguan Papar.

Dewan Datuk Salleh Sulong
Kelihatan di sebalik pokok-pokok pinang itu ialah Dewan Datuk Salleh Sulong. Bangunan ini dibina sekitar tahun 1970-an. Manakala kawasan lapang di sebelahnya ialah padang Pekan Papar.

Kelihatan di sebarang sungai ialah Kg Buang Sayang.
Pemandangan ini dilihat dari seberang Pekan Papar berdekatan pasar ikan. Bangunan beratap hijau itu ialah bangunan Masjid Kampung Buang Sayang. Di tapak bangunan masjid ini dulu ialah masjid lama Pekan Papar.  

Masjid Papar.
Ini pula bangunan Masjid Daerah Papar. Bangunan ini dibina sekitar tahun 1980-an sebagai menggantikan masjid lama yang dibina daripada kayu di Kampung Buang Sayang.

Tamu Papar.
Gambar di atas ialah pemandangan Tamu Papar yang diadakan pada hari Sabtu dan Ahad setiap hujung minggu. Berbagai buah-buahan, sayur-sayuran dan kuih-muih dijual di Tamu berkenaan.

Kuih-muih yang dijual di Tamu Papar
Pelbagai jenis kuih-muih tradisional tempatan ada dijual di Tamu berkenaan. Kebanyakan kuih-muih berkenaan dihasilkan secara homemade.

Kereta api berhenti di stesen Papar
Kita juga boleh menaiki kereta api seperti di atas melalui Stesen Kereta Api Papar sama ada hendak ke Kota Kinabalu atau ke Beaufort. Cuma kita perlu bersabar. Sebab, kekerapan perjalanan kereta api jarang-jarang. Lagi pun orang di sini naik kereta api bukan untuk pengangkutan tetapi untuk berseronok-seronok! Kalau hendak cepat, lebih baik naik teksi atau bas.

Kereta api stim lokomotif pun ada.
Yang ini lagi hebat. Termasuk dalam kategori kereta api juga. Tapi kereta api ini bukan untuk penduduk tempatan! Kereta api ini khusus untuk pelancong sahaja. Walau pun anda banyak duit, tetapi anda tetap tidak layak naik kereta api ini. Begitulah ceritanya kereta api negeri Sabah. Asalkan ada kereta api!


Papar TownMohon maaflah kerana kualiti gambar-gambar kurang kualiti. Sebenarnya semua gambar-gambar ini bukan saya yang punya. Saya hanya download gambar-gambar berkenaan dari pelbagai sumber di internet. Harap diizinkan.





1 ulasan:

Komen yang menggunakan perkataan kesat, lucah atau kurang sopan tidak akan disiarkan.